If one day, my brain is reset or reboot and filters out the important things...
If I can't mentally remember who am I..
This note is a piece of me...
I want myself to know that I am a Muslim.
Allah is The Almighty God.
We have to worship Allah.
We must not associate anyone with Allah SubhanahuwaTaaAla as His part. We can't believe in more than One God.
We must not associate Allah's attributes with someone or anyone else.
Prophet Muhammad Peace be Upon Him is Allah's Messenger.
Qur'an is a Kitab that guide me and the believers to the right path.
Baitullah is the direction for me and the Muslims to perform prayers.
Perform obligatory prayers 5 times a day.
I must not be riak, arrogance, self-delusion and show off.
As a Muslim, I have to remember that Jannahtul Firdaus, a paradise, is the permanent abode.
Therefore, in this life always remember Allah and always be kind to Mama (Asmah Bee), Shahrouk Bayani (little Brother) and Nuranisah (little Sister). Papa, he passed on. 2015.
Build another well for Papa (Mohamed Asni).
Always treat people well.
Control my temper.
Istighfar. Selawat.
REPENT.
My name is Norsiah Binte Mohamed Asni. Binte is Daughter Of.
Remember Me....
Tuesday, August 8, 2017
Monday, August 7, 2017
Battle
I am scared...
I dreamt about my Late Dad...
I am too afraid something bad would happen to me...
Allah... Please save me... My was-was feelings are getting worst..
I am too scared..
Nobody understands me..
Even if they care for me, they don't understand me..
I am too tired...
Exhausted...
But i never wanna give up or give in to Syaitan.
I am a fighter not a loser.
I am a soldier. I will march on like a soldier.
I dreamt about my Late Dad...
I am too afraid something bad would happen to me...
Allah... Please save me... My was-was feelings are getting worst..
I am too scared..
Nobody understands me..
Even if they care for me, they don't understand me..
I am too tired...
Exhausted...
But i never wanna give up or give in to Syaitan.
I am a fighter not a loser.
I am a soldier. I will march on like a soldier.
Wednesday, May 10, 2017
Hijab
Perasaan berbelah bagi sama ada mahu memakai tudung atau tidak.
Rasa malu dan takut jika memakai hijab akan mengundang perasaan yang tidak akan dijangka.
Takut akan diskriminasi.
Takut dibenci.
Tapi semakin hari semakin berani
Berani melawan perasaan negatif,
Akhirnya, hijab pilihan ku.
Perasaan bahagia
gembira
puas....
Hijab membuat ku gembira
Kerana akhirnya orang akan tahu
Yang saya manusia yang percaya kepada Tuhan...
"I want to use the hijab. Not only is it beautiful, it’s also an icebreaker. Wearing the hijab makes it easier to get in touch with people. It shows that I belong to a religion which believes in a god, and then people assume that is a topic that interests me. If they also believe in a god, we automatically have something in common." - Iman Meskini
Thursday, June 16, 2016
Nikmat Syukur
Perasaan was-was semakin lama semakin menghantui hati, jiwa ini yang semakin lama semakin keruh, kehitaman.
Pada zahirnya nampak seperti biasa tetapi pada batinnya tiada siapa yang tahu ketidak tenteraman yang saya hadapi.
Semua ini bermula kerana mempelajari Ugama tanpa bimbingan yang betul.
Disebabkan itu ramai asatizah menyeru untuk menuntut Ilmu harus berguru dengan guru yang betul dan jangan mempelajari sesuatu tanpa sembarang bimbingan dan guru. Ini kerana Syaitan bisa mempengaruhi minda dan jiwa kita. ia akan menyesatkan dan meniup perasaan was-was terhadap diri kita. Tanapa kita ketahui, kita memperolehi ilmu dari Syaitan disebabkan tiada bimbingan dari pakar. Bahaya sekali apabila Syaitan menjadi guru kita. Ini kerana Syaitan sudah bersumpah akan menyesatkan dan menghuru-harakan kehidupan manusia.
Seringkali apabila kita merasakan kesenangan dan kekayaan mudah diperolehi, rezeki melimpah-ruah, kehidupan selalu berpihak kepada kita, kita mendapat pasangan dan keturunan yang banyak, kita akan semakin alpa dan bersikap sombong bukan sahaja pada orang sekeliling tetapi juga dengan Sang Pencipta.
Dan apabila kita dalam kesusahan, kemurungan dan kesedihan, kita tidak dapat apa yang kita mahukan, kita akan rasa dunia ini tidak adil dan mula menyalahi takdir.
Semua ini berlaku kerana hawa nafsu dan bisikan Syaitan bersamaan ego kita yang sukar mensyukuri nikmat yang telah diberi oleh Maha Pencipta dengan perasaan rendah diri.
Kalau seringkali kita tidak ada perasaan negatif, mengata dan mengutuk orang-orang sekeliling, hati akan menjadi bersih. Hati yang bersih mebuat zahir kita nampak segar dan berseri; batin kita mungkin akan tenteram dan bebas dari penyakit was-was.
Justeru itu, pentingnya tidak menyangka buruk terhadap orang dan selalu bertutur bahasa yang sopan, yang tidak menyakitkan hati pada orang sekeliling tidak kira tua atau muda. mengata perkataan yang baik-baik sahaja. Selalu senyum dan tidak menunujukkan muka yang sombong dan masam.
Pentingnya menghisab dosa-dosa kita dan meminta ampun pada Allah yang maha pengampun dan penyanyang.
Selalu bersyukur atas rezeki yang telah Allah kurniakan pada kita. Dilahirkan dari keluarga beragama Islam, kesihatan yang baik, anggota badan yang sempurna, keluarga yang bahagia, saudara-mara yang baik dan prihatin, rezeki yang Barokah, dapat solat dengan khusyuk adalah anatara nikmat yang Allah telah anugerahkan pada kita.
BERSYUKURLAH ATAS SEGALA NIKMAT YANG ALLAH TELAH BERIKAN.
Tuesday, June 14, 2016
Truth
"Relationships are much harder now because conversations become texting, arguments become phone calls, and feelings become Facebook statuses." - One of the comment at Facebook.
Saturday, May 21, 2016
Perjelajahan Sulung ke Northern Vietnam Part 5: Halong Bay - Hanoi Old Quarters
Manusia terbahagi kepada suku kaum, bangsa, puak, derajat,
perbezaan adat budaya, bahasa dan warna kulit. Namun begitu, Allah Maha Adil. Walaupun
berbeza status dan fizikal, darah yang kita mengalir tetap berwarna merah.
![]() |
| This humble, friendly girl is from Sarawak, Malaysia. She is currently taking a PHD on cardiology. She is one year older than me. |
![]() |
| Indahnya Ciptaan Maha Pencipta |
Terjadinya pasang surut lautan disebabkan pembentukkan
bulan. Terjadinya pasang surut kehidupan disebabkan orang-orang sekeliling. Ituah
yang membezakan lautan dan kehidupan.
Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana telah menganugerahkan
saya bakat untuk menguasai Bahasa Melayu dengan mudahnya. Bahasa Melayu adalah
Bahasa yang saya bisa menguasai dengan mudahnya. Disebabkan itu saya menulis
blog ini dalam Bahasa Melayu bukan sahaja untuk mengongsi percutian saya
bersama Mama tetapi saya boleh meluahkan segala apa yang saya ingati dengan sejujur
dan seikhlasnya.
Tujuan saya menulis blog mengenai percutian ini disebakan saya ingin preserve our (Me and Mama) memories together selain telling the details and information of each places I had visited.
Tujuan saya menulis blog mengenai percutian ini disebakan saya ingin preserve our (Me and Mama) memories together selain telling the details and information of each places I had visited.
![]() |
| Rindu dengan cuaca dingin di teluk Naga. |
Bangun pagi, siap berkemas. Cepat-cepat pakai sunglasses dan ambil gambar kat luar bilik di tepi jendela. Haha. Feeling konon nak jadi macam James Bond's assistant.
Kita akan ke Pulau James Bond. Kata tour guide pulau yang akan kita tuju, adalah tempat James Bond (Tak tahu edition ke berapa) pernah berlakon.
![]() |
| Pulau James Bond |
![]() |
| Banana raft |
![]() |
| Kayaking |
Tempatnya cantik tapi camera settings doesn't do any justice. Kita berada di sini selama tiga puluh minit, melihat permandangan batu kapur dengan lebih dekat.
Cuaca terlalu dingin. Sampaikan ada satu lelaki muda berasal dari Holland ni berkata kepada Mama yang dia ke Vietnam sebab dia fikir Vietnam tidak ada musim sejuk that's why dia larikan diri dari negaranya yang tengah bermusim winter. Pemuda itu akan ke SaPa pada keesokan hari dan Mama mengatakan SaPa lagi dingin dari Halong Bay, terus muka lelaki muda tu tukar jadi sedih dan tak bermaya.
That's why sebelum pergi ke Negara orang buat research. Jangan main redah je. I also terkejut yang Vietnam Utara ni mempunyai four seasons.
Selesai aktiviti menjelajahi pulau James Bond, kita balik ke cruise dan makan tengah hari.
Ada sesi memasak dan membuat spring roll. Tapi kami tak participate in making spring rolls since they were using pork. Kita hanya melihat sahaja.
Setelah itu, kita makan seafoods dan berehat sehingga cruise berlabuh di jetty Halong. Akhirnya percutian di Halong Bay sudah selesai. Saya rasa Halong Bay ialah tempat yang paling santai dan rilek sepanjang kita bercuti selama 6 hari 5 malam. Mama paling gembira di Halong Bay berbanding SaPa. Haha sebab SaPa kita tak boleh lepak. Have to trekking sepanjang masa.
Kita menaiki mini bus balik ke Hanoi. Sampai di Hanoi, me and Mama terkejut dengan kedinginan di Hanoi. Orang-orang di sekitaran kami semua memakai baju sejuk. Kedai-kedai banyak menjual baju sejuk. Mini bus telah menghantar kami semula ke Hotel Anise. Kami mengambil beg-beg yang kami tinggalkan di temapat meletak bagasi dan balik ke bilik yang baru.
Walaupun penat, Mama nak sangat keluar mengelilingi Old
Quarters. Cuaca benar-benar sejuk. Apabila bercakap, mulut akan mengeluarkan
wap. Terasa seperti di Genting Highlands. Hanoi, ibu kota Vietnam, mempunyai empat musim (four seasons). Kami berada di Hanoi pada lewat November iaitu pada musim dingin (winter).
Kami mahu membeli kopi Vietnam yang telah dipesan oleh Saudara di Singapura. Keluarga saya tidak berapa minat minum kopi Vietnam disebabkan ia mempunyai banyak hampas (habuk kopi).
Ada seorang gadis Hanoi bersama teman lelakinya yang kami jumpa di dalam restoran menolong kami menahan taxi dan menyuruh driver drive kami ke Hoan Kiem Lake. Walaupun mereka tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi mereka take the initiative to try to listen. Dengar aje kita nak pergi ke Hoan Kiem Lake, cepat-cepat mereka angguk dan menahankan taxi. They are strangers but they are helpful. Selalu baca blog, ramai mengatakan orang-orang Hanoi kurang peramah tetapi so far we have not met any rude people in Hanoi.
Saya perasan ramai wanita Hanoi mempunyai kulit bersih dan cantik. Penampilan orang-orang muda di Hanoi persis seperti Korean. Kalau di Ho Chi Minh, penampilan fashion seperti off beat. Ken, pernah kata orang-orang Hanoi adalah orang kaya dan berada. Mungkin disebabkan itu mereka mempunyai penampilan yang mewah.
Boleh bertanya di Tourist Information Center ke mana yang anda ingin pergi di sekitar Old Quarters.
Kawasan Hoan Kiem Lake amat sibuk dengan orang ramai dan jalan raya dipenuhi dengan kenderaan dan para penjaja menjual barang yang dijaja. Kami tidak meluangkan banyak masa di tasik Hoan Kiem ini kerana terdapat banyak tikus berkeliaran di semak-semak yang berdekatan dengan tasik itu.
Kita menuju ke kedai dan cafe menjual serbuk kopi. Kopi diborong untuk saudara yang memesannya. Ramai suka dengan Vietnamese coffee. Mama dan saya tidak begitu gemar disebabkan kopi Vietnam menghasilkan hampas yang banyak dan rasa tetap seperti coffee yang lain.
Boleh bertanya di Tourist Information Center ke mana yang anda ingin pergi di sekitar Old Quarters.
Kawasan Hoan Kiem Lake amat sibuk dengan orang ramai dan jalan raya dipenuhi dengan kenderaan dan para penjaja menjual barang yang dijaja. Kami tidak meluangkan banyak masa di tasik Hoan Kiem ini kerana terdapat banyak tikus berkeliaran di semak-semak yang berdekatan dengan tasik itu.
Selepas memborong kopi dan membeli selendang silk, kami pun pulang ke hotel dengan menaiki taxi. Kami bersiap, berkemas kerana keesokan hari kami akan dijemput dari hotel ke airport untuk pulang ke Singapura.
Akhirnya. Tamat juga kisah percutian saya dan Mama di Vietnam Utara.
Kepada mereka yang masih muda dan mempunyai ibu bapa yang suka melancong dan makan angin, bawa mereka bersama berlibur di Negara asing. Kerana you will get to spend lot of quality time with your loved ones.
Saya percaya Ar Razak akan memberi kan kita rezeki berlipat kali ganda jika kita bermurah hati terhadap orang-orang sekeliling especially to our parents.
Thursday, May 12, 2016
Perjelajahan Sulung ke Northern Vietnam Part 4 - Hanoi - Bermalam di cruise at Halong Bay
Percutian yang paling indah apabila kita bisa menikmati
keindahan ciptaan Tuhan, meluangkan masa bersama dengan yang tersayang
especially dengan ahli keluarga, mempelajari undang-undang, adat budaya sesebuah negara,
selalu bersyukur kepada Yang Esa kerana kita diberi peluang menjadi musafir,
tetamu pada sesebuah negara dengan selamat. Segala keburukkan, bahaya dan rintangan yang
kita hadapi dapat dielak atas IzinNya.
![]() |
| Rasa syukur sekali kerana dapat berpeluang bercuti bersama Mama tersayang. |
Throughout our Vietnam Utara journey by using The Light Tour Package, kita
tidak keluarkan $$$ melainkan duit untuk shopping. I think it is quite worth it
as every accommodation, transportation (excluding flight) expenses judah
termasuk dalam package. Sejujurnya, saya suka dengan itinerary yang telah diaturkan oleh Alex.
Sebab kita dapat bermalam dan tidur di kereta api, coach dan boat. All the three transportation modes: Rail, Land and Sea.
Bangun Subuh, Sarapan Pagi. Makan cereals, buah-buahan, roti mentega dan Yoghurt. Yoghurt kat Vietnam yang bernama Vinamilk memang terkenal sebab rasanya yang sedap dan berlemak.
Lepas sarapan, kita balik ke hotel untuk berehat. Kita tak terfikir yang ada mini bus akan pick up kita dari hotel. Masa kita tengah relax kat hotel, telefon hotel berdering, Rupanya mini bus dari tadi tunggu nak pick up kita from hotel to Halong Bay. Reception hotel ni pun satu bukannya nak bilang pukul berapa mini bus ni nak datang.
Lepas sarapan, kita balik ke hotel untuk berehat. Kita tak terfikir yang ada mini bus akan pick up kita dari hotel. Masa kita tengah relax kat hotel, telefon hotel berdering, Rupanya mini bus dari tadi tunggu nak pick up kita from hotel to Halong Bay. Reception hotel ni pun satu bukannya nak bilang pukul berapa mini bus ni nak datang.
Kita kelam kabut berkemas. Semua luggage kita bawak turun
sebab kita akan check out from Hotel Anise dan akan bermalam di Halong Bay.
Kita tak bawak kesemua luggage semasa ke Halong bay disebabkan kami tahu agak sukar untuk bawak barang-barang berat semasa menginap di cruise. Luggage yang lain, kita
simpan di bilik bagasi di Hotel Anise sebab kita akan bermalam di Hotel Anise
pada malam akhir nanti. Memang risiko tinggi meninggalkan barang-barang di hotel namun kita hanya tawakal and yakin kerana hotel Anise dilengkapi dengan cctv dan security yang baik.
Mini bus ini mengambil penumpang dari Hotel Anise dulu. Ada 4 orang Pakcik Cina yang berasal dari Malaysia juga menetap di Hotel Anise. Mereka juga lambat. Me and Mama orang yang paling pertama
ada di dalam van itu. Selang lima minit kemudian baru nampak kelibat
pakcik-pakcik tu. Our Tour Guide dah membebel marah sebab kita lambat. Kata
dia, ramai orang dia nak kena jemput. banyak hotel dia nak kena pergi. Haha kita pekakkan telinga. So, mereka jemput Mat Salleh-Mat
Salleh di hostel, keluarga Malaysia dari Sarawak di Hanoi Boutique Hotel. So kirakan kita round the whole Old Quarters disebabkan hotel dan hostel semua terletak di daerah situ.
Halong adalah Bahasa Vietnam yang bermaksud Naga. Halong Bay adalah teluk Naga. Mengikut kepercayaan mitos penduduk tempatan, Naga yang
ada di teluk ni muntah menyebabkan beberapa pulau kecil terbentuk. Mengikut
sejarahwan, pulau-pulau batu kapur yang terbentuk ini dibentuk berjuta-juta
tahun yang lalu. Pulau-pulau batu kapur ini cantik-cantik belaka. Indah sungguh
ciptaaan Maha Pencipta.
Menurut uncle dari Malaysia ni, dia kata dahulu masa dia ke
Halong Bay, laut Halong Bay busuk dan tak terpelihara sebab banyak sampah. Tapi sebab dah tukar kerajaan, kerajaan yang ini membuat incentive untuk
membersihkan segala sampah sarap yang berada di lautan.
Dan memang benar, lautan Halong Bay terpelihara. Tiada bau
hanyir or any unpleasant smell. Jarang lihat sampah terapung.
Perjalanan dari Hanoi ke Halong Bay memakan masa 4 jam. Kita akan stop di tempat rehat selama tiga puluh minit.
Sebelum ke Halong Bay, tour guide akan kumpulkan passports kita semua. Ini kerana they have to do some sort of custom declaration permit to enable us to stay on deck at Halong Bay for 1 night. Upon completion of the permit, he returned the passports to us.
So kita sampai kat jetty Halong Bay. Kita naik motor boat yang akan membawak kita ke cruise.
Perjalanan dari Hanoi ke Halong Bay memakan masa 4 jam. Kita akan stop di tempat rehat selama tiga puluh minit.
Sebelum ke Halong Bay, tour guide akan kumpulkan passports kita semua. Ini kerana they have to do some sort of custom declaration permit to enable us to stay on deck at Halong Bay for 1 night. Upon completion of the permit, he returned the passports to us.
So kita sampai kat jetty Halong Bay. Kita naik motor boat yang akan membawak kita ke cruise.
There's this lady from Australia, she asked if there’s a cave in Singapore and I told her there's no caves in Singapore and she said I should go to Australia as there's many caves at Australia. Haha I should have replied "it's okay, there's cove in Singapore."
![]() |
| Mama looks like a mineralogist. She loves to see the formations that hang the ceiling of the cave. |
For people who has/ had high blood pressure, poor eyesights, weak limbs e.g. legs, hands are being advised not to climb up the stairs to explore the cave. Well, unless if you're my Mother.
She's keen to explore eventhough she has a pair of not so strong legs. It was tiring. Climbing the steep, sharp edge stairs. I think we had climbed almost 150 steps up to explore the Cave of Surprises.
Wet cave hence it is slippery. Wanna explore the cave? Please wear comfortable shoes to avoid trip and fall.
![]() |
| Finally we can enjoy great view of the bay from the top! |
Selepas mekimati panorama yang indah setelah memanjat tangga yang tinggi, kami pun turun.
![]() |
| Happy sangat lepas dah turun dari cave yang tinggi tu. Penat naik tangga!! |
![]() |
| Just look at the people climbing the stairs up there! |
Kita makan malam di restaurant deck. Bestnya, bilik kami sebelah dengan restaurant. Tak payah nak naik tangga atau turun tangga untuk ke restaurant. Chef sediakan seafoods dan sayuran buat kami. Yang lain semua makan makanan berdaging merah.
Harga makan untuk semua breakfast, lunch and dinner semua gratis sebab dah termasuk dengan pakej. Kalau minuman, kita harus bayar melainkan kalau kita minum air suam.
Actually, kebanyakkan Halong Bay cruise menyediakan arak dan daging khinzir untuk tetamu cruise. Jadi kita dah siang-siang cakap don't serve us meat.
Kita tawakal dan makan seafoods, veggie, fruits and minum air ginger tea.
![]() |
| Ada juga orang menjual jualan mereka kepada pelancong-pelancong cruise walaupun hari sudah senja. Rata-rata penjualnya wanita. Kuat mereka mendayung sampan di tengah lautan untuk mendapatkan rezeki. |
Me and Mama meluangkan masa di atas deck disebabkan Mama suka sangat dengan angin malam yang terlalu dingin
![]() |
| My favourite potato chips, The Kettle. |
Me and Mama je yang conquered the rooftop deck.
It's very cooling. Badan mengigil, terasa lagi sejuk dibandingkan Genting Highlands atau SaPa disebabkan pada malam itu angin kencang. We wanted to star gazing but there's no stars. Tak salah saya, gambar ni diambil dalam pukul 6 petang tapi gelapnya dah macam pukul 10 malam.
Menurut Tour guide kami, ini adalah pertama kali pada
tahun 2015 cuaca di Halong Bay dingin sekali. Syukur sangat sebab the
Singaporean couple that we met at SaPa kata yang mereka ke Halong Bay (which was two days ago) dan cuaca
terlampau panas sehinggakan mereka terpaksa pakai tshirt and shorts.
Kalau mahu bercuti ke Halong Bay saya recommend untuk melawatnya lewat November atau December ini kerana cuaca agak panas pada bulan-bulan yang lain.
Kalau mahu bercuti ke Halong Bay saya recommend untuk melawatnya lewat November atau December ini kerana cuaca agak panas pada bulan-bulan yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)










































































