Thursday, June 16, 2016

Nikmat Syukur

Perasaan was-was semakin lama semakin menghantui hati, jiwa ini yang semakin lama semakin keruh, kehitaman.

Pada zahirnya nampak seperti biasa tetapi pada batinnya tiada siapa yang tahu ketidak tenteraman yang saya hadapi.

Semua ini bermula kerana mempelajari Ugama tanpa bimbingan yang betul.

Disebabkan itu ramai asatizah menyeru untuk menuntut Ilmu harus berguru dengan guru yang betul dan jangan mempelajari sesuatu tanpa sembarang bimbingan dan guru. Ini kerana Syaitan bisa mempengaruhi minda dan jiwa kita. ia akan menyesatkan dan meniup perasaan was-was terhadap diri kita. Tanapa kita ketahui, kita memperolehi ilmu dari Syaitan disebabkan tiada bimbingan dari pakar. Bahaya sekali apabila Syaitan menjadi guru kita. Ini kerana Syaitan sudah bersumpah akan menyesatkan dan menghuru-harakan kehidupan manusia.

Seringkali apabila kita merasakan kesenangan dan kekayaan mudah diperolehi, rezeki melimpah-ruah, kehidupan selalu berpihak kepada kita, kita mendapat pasangan dan keturunan yang banyak, kita akan semakin alpa dan bersikap sombong bukan sahaja pada orang sekeliling tetapi juga dengan Sang Pencipta. 

 Dan apabila kita dalam kesusahan, kemurungan dan kesedihan, kita tidak dapat apa yang kita mahukan, kita akan rasa dunia ini tidak adil dan mula menyalahi takdir.

Semua ini berlaku kerana hawa nafsu dan bisikan Syaitan bersamaan ego kita yang sukar mensyukuri nikmat yang telah diberi oleh Maha Pencipta dengan perasaan rendah diri.

Kalau seringkali kita tidak ada perasaan negatif, mengata dan mengutuk orang-orang sekeliling, hati akan menjadi bersih. Hati yang bersih mebuat zahir kita nampak segar dan berseri; batin kita mungkin akan tenteram dan bebas dari penyakit was-was.

Justeru itu, pentingnya tidak menyangka buruk terhadap orang dan selalu bertutur bahasa yang sopan, yang tidak menyakitkan hati pada orang sekeliling tidak kira tua atau muda. mengata perkataan yang baik-baik sahaja. Selalu senyum dan tidak menunujukkan muka yang sombong dan masam.

Pentingnya menghisab dosa-dosa kita dan meminta ampun pada Allah yang maha pengampun dan penyanyang.

Selalu bersyukur atas rezeki yang telah Allah kurniakan pada kita. Dilahirkan dari keluarga beragama Islam, kesihatan yang baik, anggota badan yang sempurna, keluarga yang bahagia, saudara-mara yang baik dan prihatin, rezeki yang Barokah, dapat solat dengan khusyuk adalah anatara nikmat yang Allah telah anugerahkan pada kita.

BERSYUKURLAH ATAS SEGALA NIKMAT YANG ALLAH TELAH BERIKAN.

No comments:

Post a Comment