Manusia terbahagi kepada suku kaum, bangsa, puak, derajat,
perbezaan adat budaya, bahasa dan warna kulit. Namun begitu, Allah Maha Adil. Walaupun
berbeza status dan fizikal, darah yang kita mengalir tetap berwarna merah.
|
This humble, friendly girl is from Sarawak, Malaysia. She is currently taking a PHD on cardiology. She is one year older than me. |
Melancong ke Negara asing membuka minda dan mati hati kita
untuk saling mengenali, mempelajari bukan sahaja tempat yang dituju tetapi
orang-orang sekeliling dan diri kita sendiri.
|
Indahnya Ciptaan Maha Pencipta |
Apabila merenung lautan tidak kira lautan di Halong, Lombok, Desaru
ataupun Changi sekalipun, kita akan terfikir mengenai kehidupan.
Kehidupan ini
boleh diibaratkan seperti badai laut. Adakalanya pasang dan ada kalanya surut. Apabila surut,
terasa tenang, aman dan damai. Tidak ada masalah dan kesusahan dihadapi.
Apabila pasang, hari demi hari lautan bergelora, semakin lama gelombang ombak semakin hebat,
mengganas sehingga membuat fikiran kusut, menguji kewarasan minda dan iman di
dada.
Terjadinya pasang surut lautan disebabkan pembentukkan
bulan. Terjadinya pasang surut kehidupan disebabkan orang-orang sekeliling. Ituah
yang membezakan lautan dan kehidupan.
Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana telah menganugerahkan
saya bakat untuk menguasai Bahasa Melayu dengan mudahnya. Bahasa Melayu adalah
Bahasa yang saya bisa menguasai dengan mudahnya. Disebabkan itu saya menulis
blog ini dalam Bahasa Melayu bukan sahaja untuk mengongsi percutian saya
bersama Mama tetapi saya boleh meluahkan segala apa yang saya ingati dengan sejujur
dan seikhlasnya.
Tujuan saya menulis blog mengenai percutian ini disebakan saya
ingin preserve our (Me and Mama) memories together selain telling the details and information of each places I had visited.
|
Rindu dengan cuaca dingin di teluk Naga. |
Enough with my curahan hati. Kali ini saya ingin
menceritakan memori dan detik indah bercuti dan melancong bersama Mama
tersayang.
Bangun pagi, siap berkemas. Cepat-cepat pakai sunglasses dan ambil gambar kat luar bilik di tepi jendela. Haha. Feeling konon nak jadi macam James Bond's assistant.
Kita akan ke Pulau James Bond. Kata tour guide pulau yang akan kita tuju, adalah tempat James Bond (Tak tahu edition ke berapa) pernah berlakon.
|
Pulau James Bond |
Tour guide kata, kita boleh naik banana raft atau kayaking. Me and Mama malas nak kayak so kita dengan yang tak mahu kayak, jelajah pulau dengan menaiki banana raft. Banyak monyet-monyet dan kera berkeliaran dan bergayut kat atas batu kapur.
|
Banana raft
|
|
Kayaking |
Tempatnya cantik tapi camera settings doesn't do any justice. Kita berada di sini selama tiga puluh minit, melihat permandangan batu kapur dengan lebih dekat.
Cuaca terlalu dingin. Sampaikan ada satu lelaki muda berasal dari Holland ni berkata kepada Mama yang dia ke Vietnam sebab dia fikir Vietnam tidak ada musim sejuk that's why dia larikan diri dari negaranya yang tengah bermusim winter. Pemuda itu akan ke SaPa pada keesokan hari dan Mama mengatakan SaPa lagi dingin dari Halong Bay, terus muka lelaki muda tu tukar jadi sedih dan tak bermaya.
That's why sebelum pergi ke Negara orang buat research. Jangan main redah je. I also terkejut yang Vietnam Utara ni mempunyai four seasons.
Selesai aktiviti menjelajahi pulau James Bond, kita balik ke cruise dan makan tengah hari.
Ada sesi memasak dan membuat spring roll. Tapi kami tak participate in making spring rolls since they were using pork. Kita hanya melihat sahaja.
Setelah itu, kita makan seafoods dan berehat sehingga cruise berlabuh di jetty Halong. Akhirnya percutian di Halong Bay sudah selesai. Saya rasa Halong Bay ialah tempat yang paling santai dan rilek sepanjang kita bercuti selama 6 hari 5 malam. Mama paling gembira di Halong Bay berbanding SaPa. Haha sebab SaPa kita tak boleh lepak. Have to trekking sepanjang masa.
Kita menaiki mini bus balik ke Hanoi. Sampai di Hanoi, me and Mama terkejut dengan kedinginan di Hanoi.
Orang-orang di sekitaran kami semua memakai baju sejuk. Kedai-kedai banyak
menjual baju sejuk. Mini bus telah menghantar kami semula ke Hotel Anise. Kami
mengambil beg-beg yang kami tinggalkan di temapat meletak bagasi dan balik ke
bilik yang baru.
Walaupun penat, Mama nak sangat keluar mengelilingi Old
Quarters. Cuaca benar-benar sejuk. Apabila bercakap, mulut akan mengeluarkan
wap. Terasa seperti di Genting Highlands. Hanoi, ibu kota Vietnam, mempunyai empat musim (four seasons). Kami berada di Hanoi pada lewat November iaitu pada musim dingin (winter).
|
Mak Cik jual sayur, pakai baju sejuk dan topi yang kebanyakkan orang-orang Vietnam memakainya. |
Kami mahu membeli kopi Vietnam yang telah dipesan oleh Saudara di Singapura. Keluarga saya tidak berapa minat minum kopi Vietnam disebabkan ia mempunyai banyak hampas (habuk kopi).
|
Majoriti penduduk di Vietnam menunggang motorsikal. Kalau mahu menyeberangi jalan agak menyeramkan pada permulaan. Tetapi bila diperhatikan, kalau kita menyeberangi jalan, motorsikal-motorsikal berhenti memberi laluan. |
Ada seorang gadis Hanoi bersama teman lelakinya yang kami jumpa di dalam restoran menolong kami menahan taxi dan menyuruh driver drive kami ke Hoan Kiem Lake. Walaupun mereka tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi mereka take the initiative to try to listen. Dengar aje kita nak pergi ke Hoan Kiem Lake, cepat-cepat mereka angguk dan menahankan taxi. They are strangers but they are helpful. Selalu baca blog, ramai mengatakan orang-orang Hanoi kurang peramah tetapi so far we have not met any rude people in Hanoi.
Saya perasan ramai wanita Hanoi mempunyai kulit bersih dan cantik. Penampilan orang-orang muda di Hanoi persis seperti Korean. Kalau di Ho Chi Minh, penampilan fashion seperti off beat. Ken, pernah kata orang-orang Hanoi adalah orang kaya dan berada. Mungkin disebabkan itu mereka mempunyai penampilan yang mewah.
Boleh bertanya di Tourist Information Center ke mana yang anda ingin pergi di sekitar Old Quarters.
Kawasan Hoan Kiem Lake amat sibuk dengan orang ramai dan jalan raya dipenuhi dengan kenderaan dan para penjaja menjual barang yang dijaja. Kami tidak meluangkan banyak masa di tasik Hoan Kiem ini kerana terdapat banyak tikus berkeliaran di semak-semak yang berdekatan dengan tasik itu.
Kita menuju ke kedai dan cafe menjual serbuk kopi. Kopi diborong untuk saudara yang memesannya. Ramai suka dengan Vietnamese coffee. Mama dan saya tidak begitu gemar disebabkan kopi Vietnam menghasilkan hampas yang banyak dan rasa tetap seperti coffee yang lain.
Selepas memborong kopi dan membeli selendang silk, kami pun pulang ke hotel dengan menaiki taxi. Kami bersiap, berkemas kerana keesokan hari kami akan dijemput dari hotel ke airport untuk pulang ke Singapura.
Akhirnya. Tamat juga kisah percutian saya dan Mama di Vietnam Utara.
Kepada mereka yang masih muda dan mempunyai ibu bapa yang suka melancong dan makan angin, bawa mereka bersama berlibur di Negara asing. Kerana you will get to spend lot of quality time with your loved ones.
Saya percaya Ar Razak akan memberi kan kita rezeki berlipat kali ganda jika kita bermurah hati terhadap orang-orang sekeliling especially to our parents.