Thursday, May 12, 2016

Perjelajahan Sulung ke Northern Vietnam Part 4 - Hanoi - Bermalam di cruise at Halong Bay

Percutian yang paling indah apabila kita bisa menikmati keindahan ciptaan Tuhan, meluangkan masa bersama dengan yang tersayang especially dengan ahli keluarga, mempelajari undang-undang, adat budaya sesebuah negara, selalu bersyukur kepada Yang Esa kerana kita diberi peluang menjadi musafir, tetamu pada sesebuah negara dengan selamat. Segala keburukkan, bahaya dan rintangan yang kita hadapi dapat dielak atas IzinNya.

Rasa syukur sekali kerana dapat berpeluang bercuti bersama Mama tersayang.
Hari Ke Empat Hari yang paling terindah throughout our Northern Vietnam Trip. Ini kerana Halong Bay adalah satu-satu tempat tarikan yang paling indah pernah kita jelajahi. Permandangan seperti di SaPa pernah kita lihat di Bandung, Puncak, Cameron Highlands and Genting Highlands. Tetapi inilah kali pertama kita berpeluang untuk melihat keindahan batu kapur aka Limestones yang bertaburan di tengah lautan. Dan inilah pertama kali me and Mama akan bermalam di junk boat persis cruise. Kita sebenarnya agak untung sekali ini kerana cuaca di Hanoi semakin sejuk jadi ada peluang untuk merasakan bayu laut yang kencang.

Throughout our Vietnam Utara journey by using The Light Tour Package, kita tidak keluarkan $$$ melainkan duit untuk shopping. I think it is quite worth it as every accommodation, transportation (excluding flight) expenses judah termasuk dalam package. Sejujurnya, saya suka dengan itinerary yang telah diaturkan oleh Alex. Sebab kita dapat bermalam dan tidur di kereta api, coach dan boat. All the three transportation modes: Rail, Land and Sea.

Bangun Subuh, Sarapan Pagi. Makan cereals, buah-buahan, roti mentega dan Yoghurt. Yoghurt kat Vietnam yang bernama Vinamilk memang terkenal sebab rasanya yang sedap dan berlemak.

Lepas sarapan, kita balik ke hotel untuk berehat. Kita tak terfikir yang ada mini bus akan pick up kita dari hotel. Masa kita tengah relax kat hotel, telefon hotel berdering, Rupanya mini bus dari tadi tunggu nak pick up kita from hotel to Halong Bay. Reception hotel ni pun satu bukannya nak bilang pukul berapa mini bus ni nak datang.

Kita kelam kabut berkemas. Semua luggage kita bawak turun sebab kita akan check out from Hotel Anise dan akan bermalam di Halong Bay. Kita tak bawak kesemua luggage semasa ke Halong bay disebabkan kami tahu agak sukar untuk bawak barang-barang berat semasa menginap di cruise. Luggage yang lain, kita simpan di bilik bagasi di Hotel Anise sebab kita akan bermalam di Hotel Anise pada malam akhir nanti. Memang risiko tinggi meninggalkan barang-barang di hotel namun kita hanya tawakal and yakin kerana hotel Anise dilengkapi dengan cctv dan security yang baik.

Mini bus ini mengambil penumpang dari Hotel Anise dulu. Ada 4 orang Pakcik Cina yang berasal dari Malaysia juga menetap di Hotel Anise. Mereka juga lambat. Me and Mama orang yang paling pertama ada di dalam van itu. Selang lima minit kemudian baru nampak kelibat pakcik-pakcik tu. Our Tour Guide dah membebel marah sebab kita lambat. Kata dia, ramai orang dia nak kena jemput. banyak hotel dia nak kena pergi. Haha kita pekakkan telinga. So, mereka jemput Mat Salleh-Mat Salleh di hostel, keluarga Malaysia dari Sarawak di Hanoi Boutique Hotel. So kirakan kita round the whole Old Quarters disebabkan hotel dan hostel semua terletak di daerah situ.

Halong adalah Bahasa Vietnam yang bermaksud Naga. Halong Bay adalah teluk Naga. Mengikut kepercayaan mitos penduduk tempatan, Naga yang ada di teluk ni muntah menyebabkan beberapa pulau kecil terbentuk. Mengikut sejarahwan, pulau-pulau batu kapur yang terbentuk ini dibentuk berjuta-juta tahun yang lalu. Pulau-pulau batu kapur ini cantik-cantik belaka. Indah sungguh ciptaaan Maha Pencipta.

Menurut uncle dari Malaysia ni, dia kata dahulu masa dia ke Halong Bay, laut Halong Bay busuk dan tak terpelihara sebab banyak sampah. Tapi sebab dah tukar kerajaan, kerajaan yang ini membuat incentive untuk membersihkan segala sampah sarap yang berada di lautan.

Dan memang benar, lautan Halong Bay terpelihara. Tiada bau hanyir or any unpleasant smell. Jarang lihat sampah terapung.

Perjalanan dari Hanoi ke Halong Bay memakan masa 4 jam. Kita akan stop di tempat rehat selama tiga puluh minit.

Sebelum ke Halong Bay, tour guide akan kumpulkan passports kita semua. Ini kerana they have to do some sort of custom declaration permit to enable us to stay on deck at Halong Bay for 1 night. Upon completion of the permit, he returned the passports to us.

So kita sampai kat jetty Halong Bay. Kita naik motor boat yang akan membawak kita ke cruise.
Kita harus naik motor boat selama sepuluh minit untuk ke junk boat cruise yang bakal kita nginap selama satu malam. Have to wear life vest for safety procedure. Not enough life vest must wait to board another boat. Bawak nose inhaler untuk elakkan mabuk laut.



Kalau nak tahu rupa cruise kita, lihat belakang saya tu. That cruise is exactly like ours. Kita nginap kat V'spirit Classic cruise untuk satu malam.


Tour guide suruh duduk kat restaurant sebab chef dah sediakan seafoods untuk makan tengah hari. Sesiapa yang allergic seafoods memang rugi sebab hidangan di cruise selalunya seafoods. Selepas makan, kami diberikan kunci bilik.

Dapat kunci, masuk bilik. Bye bye.

Bilik sangat selesa dan katil kus semangat. Tilam sangat empuk. Ada dua katil. Satu Queen size dan lagi satu super single. Lantai diperbuat daripada kayu jati. Bilik mandi bersih tapi kecil. Bilik tidak ada TV tapi dilengkapi dengan airconditioner. Dingin sekali. Cruise tidak ada Wifi tapi make sense jugak sebab kita kat tengah laut susah nak dapat signal and moreover we are holidaying. So Wifi is unnecessary.


Rest like a Princess. Best sangat. Excited sebab pertama kali tidur kat kapal. Siapa yang mabuk laut, habislah. Sedangkan baring pun kita boleh rasa badai laut yang bergelora dan bergelombang.


Mama tak nak duduk bilik sebab dia nak sangat explore cruise ni. So kita naik deck yang teratas dan terkejut sebab kita boleh lihat banyaknya batu-batu kapur!



You can actually relax, chillax and lepak on the rooftop deck while staring at the incredible view of the limestones.


 It is very windy and foggy eventhough it is afternoon. Love the weather.

Lepak while staring at the limestones. Menikmati keindahan ciptaan Maha Pencipta



Cruise kita dikategorikan 3 stars tapi pada saya I would rate four stars sebab makanan and food presentation's superb. Lunch and dinner kita dihidangkan pelbagai seafoods yang fresh. Sedap. Rooftop deck dia pun best. Bilik pun selesa. Bilik air pun not bad.

Nampak cruise kuning tu? Cruise tu is 5 stars sebab ia mempunyai deck yang tinggi and also the restaurant is so spacious dah macam dining kat hotel. 

Fakta menarik: Halong Bay pernah mengharumkan nama Vietnam kerana ia tercalon sebagai tujuh keajaiban dunia aka seven wonders by the Unesco satu dekad yang lalu.

Kebetulan Mama pakai baju hijau. Dah macam wildlife ranger. Cute.. Cute. 

Selepas makan tengah hari dan istirehat selama sejam kita naik motor boat untuk explore limestone cave.


Selamat mendarat 

Mama, she's happy. She didn't know that we have to climb hundreds steps in order to reach up and explore the cave.


Our first activity was to explore the largest lime stone cave that can be accessed
 by the public which is known as Hang Sung Sot and aka Cave of Surprises. Why it is known as Surprise? It was named by a French man who was too "surprised" to see the large cave. This place is ideal for adventurous people who like to explore dark, wet cave and learn few things about the shapes of stalagmites and stalactites that can be found at the limestone caves. 

Moreover we felt like we were in Jurassic's Park era when we were exploring the cave. There's a family from Sarawak, the Mom told me that at Sarawak the cave there are "world class" I am not a fan of exploring caves so I don't really understand the definition of the world class caves.
Tour guide pointing to certain shapes in the cave and he told me and Mama (since we are Singaporeans) to look at the shapes of the limestones that resembled like a Merlion. Honestly, it doesn't looks like a Merlion. Well, all I can say is that different people can imagine different things. It's our power of imagination. We make up in our minds what shapes they resemble.
There's this lady from Australia, she asked if there’s a cave in Singapore and I told her there's no caves in Singapore and she said I should go to Australia as there's many caves at Australia. Haha I should have replied "it's okay, there's cove in Singapore."



Mama looks like a mineralogist. She loves to see the formations that hang the ceiling of the cave.

For people who has/ had high blood pressure, poor eyesights, weak limbs e.g. legs, hands are being advised not to climb up the stairs to explore the cave. Well, unless if you're my Mother. 



She's keen to explore eventhough she has a pair of not so strong legs. It was tiring. Climbing the steep, sharp edge stairs. I think we had climbed almost 150 steps up to explore the Cave of Surprises.



Wet cave hence it is slippery. Wanna explore the cave? Please wear comfortable shoes to avoid trip and fall.

Finally we can enjoy great view of the bay from the top!
Selepas mekimati panorama yang indah setelah memanjat tangga yang tinggi, kami pun turun.

Happy sangat lepas dah turun dari cave yang tinggi tu. Penat naik tangga!!


Just look at the people climbing the stairs up there!
Mama is a talented photographer. Gambar ni dah macam portrait walaupun handphone camera settings terlalu contrast and bright. Gambar ni diambil selepas kita jelajahi Surprise Cave.

Mahu menuju ke motor boat untuk membawak kita balik ke cruise.

Lepas aktiviti mendaki surprise cave, kita pun balik ke cruise kami untuk berehat. Disebabkan sekarang musim dingin, jadi malam cepat tiba. Rasanya dalam pukul 5 petang dah macam Maghrib. Disebabkan itu tiada aktiviti berenang di laut dan explore to other caves.

Kita makan malam di restaurant deck. Bestnya, bilik kami sebelah dengan restaurant. Tak payah nak naik tangga atau turun tangga untuk ke restaurant. Chef sediakan seafoods dan sayuran buat kami. Yang lain semua makan makanan berdaging merah.

Harga makan untuk semua breakfast, lunch and dinner semua gratis sebab dah termasuk dengan pakej. Kalau minuman, kita harus bayar melainkan kalau kita minum air suam.

Actually, kebanyakkan Halong Bay cruise menyediakan arak dan daging khinzir untuk tetamu cruise. Jadi kita dah siang-siang cakap don't serve us meat.

Kita tawakal dan makan seafoods, veggie, fruits and minum air ginger tea.


Ada juga orang menjual jualan mereka kepada pelancong-pelancong cruise walaupun hari sudah senja. Rata-rata penjualnya wanita. Kuat mereka mendayung sampan di tengah lautan untuk mendapatkan rezeki. 
Selepas makan malam, ramai balik ke bilik. Selesai solat, Mama paksa naik atas rooftop deck sebab nak tengok permandangan laut, batu kapur dan menikmati angin sejuk sambil makan gajus yang di beli di jetty Halong.

Me and Mama meluangkan masa di atas deck disebabkan Mama suka sangat dengan angin malam yang terlalu dingin

My favourite potato chips, The Kettle.
Terlalu dingin hinggakan tak ada sesiapa di atas deck melainkan kita berdua aje.


Me and Mama je yang conquered the rooftop deck.

 It's very cooling. Badan mengigil, terasa lagi sejuk dibandingkan Genting Highlands atau SaPa disebabkan pada malam itu angin kencang. We wanted to star gazing but there's no stars. Tak salah saya, gambar ni diambil dalam pukul 6 petang tapi gelapnya dah macam pukul 10 malam.


Menurut Tour guide kami, ini adalah pertama kali pada tahun 2015 cuaca di Halong Bay dingin sekali. Syukur sangat sebab the Singaporean couple that we met at SaPa kata yang mereka ke Halong Bay (which was two days ago) dan cuaca terlampau panas sehinggakan mereka terpaksa pakai tshirt and shorts.

Kalau mahu bercuti ke Halong Bay saya recommend untuk melawatnya lewat November atau December ini kerana cuaca agak panas pada bulan-bulan yang lain.

Saturday, May 7, 2016

Perjelajahan sulung ke Northern Vietnam Part 3: CatCat Village dan menaiki coach dari SaPa Lao Cai ke Hanoi.

Cuaca pagi di SaPa amat dingin sekali. Permandangan pada pagi hari berkabus.  Pada hari kedua, kita trekking 9km selama 5 jam, hari ini (ketiga) kita trekking 5km selama 2 Jam setengah di Cat-Cat Village.

Mama makan ubat Panadol dulu sebelum memulakan Trekking so that kaki dan otot-otot Mama tidak sengal.

Trekking di Cat Cat village amat mencabar fizikal ini kerana kita bukan sahaja turun bukit, malah kita akan mendaki bukit! Sesiapa yang sakit kaki dan mempunyai tekanan darah rendah, have to take precautions first. Make sure you don’t consume medicines that may cause drowsiness, use knee, shin guards or any other band aids. Do bring a walking or hiking stick for balance purposes. Always wear comfortable, covered shoes. For clothing wise, do not wear thick clothes because you might sweat out a lot when climbing up. Always bring mineral water.
Jangan lupa bawak mineral water 
Pagi, kita sarapan di bilik hotel makan Maggie Noodles cup yang telah kita bawak. Kita berkemas since pukul 12 kita kena check out. Kita bersiap, bawak semua luggage dan ke lobi hotel untuk bertemu dengan tour guide kita. Kali ini kita dapat Tour Guide yang baik dan prihatin. Dia seorang lelaki Black Hmong. My first time dapat jumpa lelaki Black Hmong. Dia baru menikahi gadis dari suku Back Hmong juga. Orang-orang Black Hmong ramai mempunyai susuk badan yang kecil dan ketinggian yang tak berapa tinggi. Dia fasih berbahasa English.

Kali ini group kita consists of a young couple from London (again!!!), not so young  Chinese couple from Singapore. Yay ada Singaporeans!!

Luggage kita semua ditinggalkan di bilik khas untuk bag-bag yang terletak berdekatan Hotel Lobby. Yalah mana mungkin kita trekking dengan bag-bag yang besar dan berat.
Pagi-pagi semangat nak trekking. Mungkin penat semalam dah hilang?

Kita memulakan perjalanan ke Cat Cat Village yang tak berapa dekat dengan hotel yang kita menginap, The Sunny Mountain. Sekitar 800m dari hotel.

Masa perjalanan kita boleh lihat banyak cafe-cafe unik di SaPa. Cuaca dingin di SaPa pada waktu pagi membuat skin complexions saya fresh and berseri. Benarlah apa yang saya selalu dengar, cuaca persekitaran bisa merubahkan tonasi kulit wajah.Kalau di Singapura, kulit saya kelihatan berminyak dan tak segar.
Pagi hari cuaca dingin dan berkabus ini kerana SaPa adalah highlands area (Kawasan Tanah Tinggi).
Dah macam kat Eropah pulak. Negara jajahan Perancis, bangunan mesti unik.
Pandai ayam jantan ni posing. Mama excited jumpa ayam ni :)

Tapi dinginnya hanya sementara. Belum sampai Cat Cat Village tetiba cuaca dah berubah. Disebabkan sudah lewat Sembilan pagi jadi cuaca berubah menjadi tak berapa dingin.

Mama dah tak pakai jacket. Sekitaran tetap berkabus dan berembun pagi.
Saat turun puncak hendak menuju ke Cat Cat Village.
Kabus berkabus  tebal walaupun cuaca sudah tak dingin 

Nampaknya lagi 100m kita akan sampai ke Perkampungan CatCat.

Entrance fees ke Cat-Cat village sudah termasuk Private Pakej kami. The entrance fee will be raised as funds to build schools, improve the infrastructure and other facilities for the minority groups living in SaPa. CatCat Village atau dikenali sebagai Ban CatCat adalah perkampungan orang asli yang komersial.

Tempat ini dijaga dengan bersih sekali walaupun anjing peliharaan yang jinak dan tak usik orang dan khinzir perut buncit berada di merata tempat. Merata tempat sampaikan ibu khinzir meyusu bayi-bayi khinzir pun kami saksikan dengan penuh perasaan terkejut.
Sedap betul membuta tengah jalan.
Belakang ada anjing..
Sepanjang perjalanan, ada deretan kedai menjual barang-barang keperluan seperti jacket tebal, selimut tebal, cenderemata unuk para pelancong.
Harga barang-barang yang dijual reasonable dan walaupun tak mahal, kita boleh tawar-menawar kerana orang-orang Black Hmong di perkampungan CatCat tidak terlalu agresif dan mereka semuanya OK.
Perempuan Black Hmong mencari rezeki dengan mengait.
Tetapi kalau boleh jangan tawar sampai harga yang terendah kerana kebanyakkan barang yang mereka jual quality nya bagus dan hasil kraf tangan mereka memerlukan banyak tenaga dan masa.

Seperti saya kata, harga barangan di Cat-Cat Village murah. Ibu saya beli sikat tanduk di Temple of Literatue, Hanoi dengan harga 120000 Dong whereas di Perkampungan CatCat sikat itu dijual hanya harga 50000 Dong. Lihat perbezaaannya! Lebih dari dua kali ganda! Mama beli senduk yang berquality bagus dengan harga 50000 Dong sahaja. 50000 dibahagikan 16000 baru berharga SGD 3.25.

Tips untuk mengira dari duit Vietnam Dong ke Singapore Dollar dengan mudah, harga barang Dong dibahagikan 16000 akan mendapat value dalam dollar Singapura. Dan harga barang di Singapore didarabkan 16000 akan mendapat value dalam Dong Vietnam. The currency value Vietnam Dong lagi lemah dibandingkan dengan Indonesia Rupiah. Tetapi tak semestinya harga barang-barang di Vietnam murah.
Mesti, mesti bawak air mineral. 
Bila ke CatCat Village, kita ternampak keluarga Melayu dari Singapura. Haha that was the first time we saw Malay tourists at SaPa.
Tangga-tangga licin dan tajam. Kalau boleh pakai proper shoes because takut jatuh.
Kita turun puncak dan menyaksikan perkampungan Black Hmong, bagaimana mereka menghasilkan kraf tangan dan juga meluangkan masa melihat Tien Sa waterfall.

Sebelum ke air terjun, harus menyeberangi jambatan gantung yang tak begitu panjang.
Cao Si bridge 
Tiada waterfall di Singapore. That's why rasa gembira bila dapat lihat waterfall.
 The last time I had been to waterfall when I was in Primary School. I went to Kota Tinggi at Johor Baru with my family. P.s. Suddenly, I miss my Late Dad. Semoga Papa tenang di sana. Amin.

Waktu gini, sinar Matahari sudah mula memancar. Tetiba rasa bahang.
Walaupun ramai pelancong tetap tempat ini bersih.

Lepas ambil gambar di sekitar Tien Sa waterfall, kita menyaksikan traditional dance performed by the Black Hmong. It was about couple dance. A man woos a lady and how they expressed their love through their dance steps. Not really bad. Quite entertaining and at the same time very cheesy.
Persekitaran air terjun dikelilingi bunga-bunga segar yang mekar dengan cantiknya. Ada tourist dari Vietnam asal dari Australia ambilkan gambar. Dia ni photographer jadi hasil gambarnya dah macam portrait.
Selepas itu, kita dibawak mendaki anak tangga untuk menikmati permandangan hutan. It was quite steep and Mama nearly fell. Luckily, the tour guide held her. The Singaporean couple were so nice. They leant one of their walking sticks to Mama.
Steep and sharp stairs 
The Singaporean couples were so considerate. There's a potbellied pig wanted to cross behind us, and the wife shielded us so that the pig won’t have any physical contacts with us. They knew that pigs are taboo for the Muslims. Seriously, they’re nice people. So, after exploring the steep trails, we had to climb up the steep hill to return to our hotel. It’s very tiring and many of us were panting due to short of breathe. Mama rode a motorcycle back to hotel as she’s not physically fit to climb.
Lihat dari bawah puncak and lepas tu kena daki balik dari bawah puncak tu. It's a hardwork. Tiring and physically challenged.
Mendaki memang kerja keras. Sesiapa yang jarang exercise atau tak reti jalan jauh, memang akan rasa kesakitan otot-otot kaki. Ternampak nenek Mat Salleh dalam linkungan 80an mendaki puncak dengan menggunakan walking sticks. Walaupun kepenatan and she looked out of breathe but she’s so persevere to climb up. Erm, ok if she can do it, I can do it too. Betul tak?

Semasa mendaki, Tour guide kita bercerita cara-cara mencari jodoh ikut adat mereka. Black Hmong mencari jodoh dari suku mereka. Lelaki Black Hmong yang suka atau berkenan pada perempuan Black Hmong, mereka akan meculik perempuan itu ke rumah mereka. Extreme kan? Nak kata bawak lari tak boleh sebab mereka belum kenal anatara satu sama lain. So, culik is the right word.

Selama tiga hari perempuan yang diculik itu akan berada di rumah lelaki itu. Kalau perempuan itu jatuh hati dengan lelaki yang menculiknya, maka mereka akan cepat-cepat berkahwin (kalau tak silap saya). Tapi kalau selama tiga hari, perempuan itu berterusan menangis maka mereka akan dilepaskan. Sadis kan bunyinya. Kena culik dengan lelaki satu hal, kena tinggal paksa for 3 days kat rumah lelaki dah kira sesuatu yang tak masuk di akal. Lain belalang, lain padang. Adat mereka ini banyak berpihak kepada lelaki. Perempuan harus menyara keluarga, membesarkan anak, mengurus rumah tangga.  Patriarchy seems to be the right word.
Perempuan Black Hmong menjaga anak-anaknya 
Tapi kita tak boleh judge. Sebab lain orang, lain perangainya. Seperti tour guide saya, dia lelaki Black Hmong tetapi tutur kata dia Lembut, dia baik and prihatin. Mama almost jatuh, dia papah Mama so that Mama tak jatuh, dia tahankan motor so that Mama balik ke hotel dengan selamat. He is caring.
Tour guide yang very soft spoken.
Majlis perkahwinan Black Hmong sebegini, pihak lelaki akan memberi wang hantaran sebanyak USD1500 kepada keluarga Perempuan, keluarga pengantin akan buat event to meraikan pengantin dengan menyembelih khinzir, lembu, kambing dan macam-macam haiwan yang lain ini kerana menurut my tour guide orang Black hmong makan apa sahaja, Bila dia cakap gitu, rasa loya sebab teringatkan a blog that i read, he went to SaPa wet market and kepala anjing bersepah-sepah kat pasar sebab penduduk sana makan anjing.

Hmong adalah orang-orang berbangsa Cina yang tinggal di pergunungan. Tetapi mereka tidak berapa tahu bertutur bahasa Cina. Mereka bertutur bahasa mereka sendiri. Even, the Vietnamese don't understand the Hmong's language.
Nak ambil gambar dengan kerbau tapi dia dah lari. Cis..
Bila dah sampai puncak, permandangan cantik. Sebab tak berkabus maka dapat lihat keindahan gunung-ganang dan terrace fields. Kesian kerbau ni. Dia sesat.


Sampai di Sunny Moutain Hotel, seriously I felt too tired. We had lunch at the hotel's restaurant and the Mexican / Japanese family yang baik were having lunch at the restaurant too. 
Keluarga warganegara USA keturunan Mexico yang bertugas Di Jepun yang saya ceritakan. Mereka ni baik and peramah. Mama suka berbual dengan mereka. Bersama dengan tour guide peramah yang Mama dengan saya suka. Untung keluarga ni dapat tour guide yang baik.

Sebelum kita minta diri dulu, sempat ambil gambar dengan Singaporeans ni. They are very nice and understanding. Sporting la dorang ni. Dorang pun ambik private package dari sama agency, The Light Travel.
Tour guide yang baik. Lelaki Singapura yang baik hati meminjam walking sticks to Mama. Perempuan Singapura yang selamatkan Mama dari khinzir melintas.
So, kita ke lobi hotel dan tanya receptionists sana kalau kereta yang nak hantar kita ke bus station dah sampai ke belum. Ada satu receptionist ni pergi call taxi. Taxi yang ambil kita dari hotel ke bus station. Taxi fare kita tak bayar since it is inclusive with our package.
Kitalah orang yang terawal sampai ke bus station. Dalam setengah jam kemudian, baru nampak Mat Salleh bagpackers yang lain di station bus, menunggu bas balik ke Hanoi. Lama juga duduk kat bus station, actually it is a small bus office counter with seats. Lebih kurang dalam satu jam setengah.

Lepas itu,  bas pun sampai depan ofis. Kelam kabut simpan bag-bag bawah Storage bas.
Selesa bas ni. Siap boleh charge handphone. Tapi wifi not working. Mat Salleh dalam bas bingit. Lmao.
Semasa perjalanan turun puncak, ada accident berlaku. Ia membabitkan kereta dan lorry trailer yang panjang.



 Bas driver kita sebab nak cepat punya pasal, ia memandu shortcut dengan intercept ke arah berdekatan dengan gaung. Masa tu saya rasa nak nangis. Sebab bila-bila bas yang kita naiki boleh jatuh bawah gaung tetapi syukur kerana assistant Pemandu bas itu sedaya upaya try to assist the driver to maneuver correctly.

Mat Salleh dalam bas cuak jugak tapi bile bas driver ni berjaya keluar dari traffic jam itu, mereka semua bertepuk, memekik bersuka ria. Haix, baru je berapa seconds ago kita almost dalam keadaan bahaya. Boleh pulak dorang ber happy-happy.

Sebenarnya pengalaman ini saya tidak dapat lupakan because it was a near death experience. Mama tak habis-habis berdoa masa bas tu seperti terkandas kat gaung yang tinggi. Kalau driver kita tersalah tekan bas pedal, Haix...

Vietnam adalah negara Komunis. Disebabkan itu Negara mereka is in orderly (teratur) dan if there’s a law being implemented, the people must obey the law. Jadi kalau dah diperintahkan untuk rakyat mereka untuk tidak drive / pandu melebihi had kelajuan iaitu tak salah 60km se jam, maka mereka tidak boleh melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah.


Disebabkan itu perjalanan dari SaPa ke Hanoi memakan masa lebih kurang lapan jam walaupun tak salah jaraknya seperti dari Singapura ke Negeri Sembilan.

Sampai di tempat perhentian bas, driver kita tahankan kita satu taxi dan menyuruh driver taxi drive kita ke Hotel Anise. Kita akan bermalam at Hanoi di Hotel Anise. Sekali lagi taxi fare kita tak payah bayar sebab dah termasuk package.
Bilik yang besar dan selesa since it is a boutique hotel. Selamat malam.
Me akan menceritakan Hari ke empat ke Halong Bay, menikmati cruise tour dan menerokai gua-gua batu kapur or known as limestones caves. Tunggu sambungannya.