Friday, April 22, 2016

Perjalanan Sulung Ke Northern Vietnam Part 2. Hari Kedua (2): Lao Cai - Sa Pa- Tavan

Sampai ke Kereta Api Lao Cai, tarik luggage and baggage yang besar menguji kekuatan fizikal. Kalau mahu travel inilah antara cobaan dan ujian yang harus dihadapi

Cuaca pagi di Lao Cai terlalu dingin. Suhu mungkin antara 16 hingga 18 darah Celsius.

Ramai sekali pelancong yang terdampar di luar kereta api Lao Cai. Drivers memegang penanda nama. Nasib dapat jumpa my name. Haha the longest. Siap ada Binte nama Papa sekali.

Driver suruh kita tunggu sebab dia nak ambik van. Ada seorang pelancong lelaki menegur kita. Dia kata dia akan naik van sama dengan kita sebab driver tu pun ada "tayangkan" penanda namanya. At first I thought he was a Filipino because of his American accent and he looks a bit of Latino and Pinay. He said he's from Japan. Mama bisik kat me, tak macam Jepun pun. I greeted him Ohio Gozaimas and he was shocked with my accurate pronunciation. Haha.

Yang paling kelakar dia tanya kita asal mana and kita reply Singapore. Dia tak tahu ada Negara Singapore. Aduh, selama ini kita hidup dengan penuh kepura-puraan. Ramai tak tahu di mana terletaknya Singapura. Bila kita bilang Singapore is located near Malaysia, his respond was fast. "Yeah, I knew Malaysia." Tak tahu nak bersedih atau nak bergelak.

So driver kita suruh kita ikut belakang dia. Sadis betul. Dia parkir van jauh. Dah lah luggage berat. Ada satu part ni nak angkat luggage sebab jalan tak rata. Parah tau.

Nasib baik lelaki Jepun yang tegur kita tu tolong angkatkan luggage since kita satu van dengan dia. Dia melancong ke Vietnam bersama isteri dan kedua-dua anak perempuannya yang masih bersekolah rendah.

Mama cepat-cepat “chop” nak duduk belakang driver. Depan kita ada pasangan Mat Salleh senior citizens dan belakang kita, keluarga dari Jepun dan Mat Salleh yang lain. Perjalanan dari Stesen Kereta Api Lao Cai ke SaPa mengambil masa satu jam.

Jalan raya seperti di Cameron Highlands. Lekuk seperti ular kena palu. Permandangan tak ubah seperti di Puncak Bandung Indonesia. Terrace rice fields yang berlayer-layer, gunung ganang yang menghijau, rumah-rumah atap, anjing -anjing liar di pinggir jalan, kanak-kanak pendalaman yang sedang berjalan ke sekolah. Haru lihat mereka jalan beberapa kilo meter untuk menuntut ilmu.

Pemandu itu menurunkan Pasangan Mat Salleh di hostel. At first, Mama and me cuak jugak. Takkan lah nak tidur kat hostel budget ni, nasib rupanya van yang kita naik adalah unutk menghantar para pengungjung ke tempat penginapan masing-masing.

Ada yang tinggal budget hostel, ada tinggal di Homestay orang-orang etnik minoriti Black Hmong, ada yang stay hotel Taraf tiga Bintang seperti kita. Keluarga si Jepun tu turun dengan kita sekali di Hotel Sunny Mountain. Hotel terrletak diatas puncak berdekatan dengan Cat Cat Village.

Kita duduk di lobi dan minum air Halia panas yang disediakan Hotel.


SaPa mempunyai empat Musim dalam satu hari. Pada pagi hari ialah Musim Luruh, tengah hari musim panas, petang hari musim autumn dan malam Musim dingin.

Receptionists suruh makan breakfast kat Rooftop. Betul punya romantic uh. Pemandangan Restoran di Hotel. Cantik. Rasa macam kat Negara Eropah pulak sebab semua yang menjamu selera rata-rata Mat Salleh.

Makan pisang dan kek-kem yang tak berapa enak. Kalau kat Vietnam, harus minum kopi Vietnam. Walaupun tak suka minum kopi harus minum so that tak mengantuk dan penat.

Permandangan restoran. Cantik. Keagungan Maha Esa. CiptaanMu membuktikan kebesaranMu
Lepas makan, me and keluarga dari Jepun ke lobi. Di situ kita diperkenalkan dengan tour guide perempuan asal dari etnik Black Hmong yang menetap di pergunungan. Dia fasih berbahasa Inggeris. Mama loves her English accent. She speaks fluent English. Better than me. She never went to school and she learnt and practise English from tourists. She's friendly. She's so nice. Complimenting me with nice words. The first word she said to me "You're pretty." She just gave birth, a baby boy few months ago. She's active and strong.

So she told us bersihkan diri kita di shower room yang terletak di gym hotel. Sebab dia kata nanti kita akan stay at Homestay. Bila dia cakap stay at Homestay, me started to panic. Eh, Alex kata kita tinggal kat hotel ni and bukan Homestay. Asal pulak sekarang si tour guide ni suruh kita tinggal Homestay dengan keluarga Jepun ni. 

Bila kita sampai kat shower room, kita diberikan dua tuala per person. Keluarga dari Jepun suruh kita gunakan shower room. They're considerate. So, selesai bersihkan diri dan tukar baju untuk trekking, keluarga tu punya turn pulak untuk gunakan shower room tu. Isteri dan anak-anak perempuannya masuk sekali. Selepas mereka selesai gunakan, lelaki tu pulak gunakannya. Mama kata nak siap dengan budak memang lambat. So, kita posing dulu ambil gambar kat gym and indoor swimming pool. 
Mama tetap pakai pakaian cantik walaupun nak pergi trekking selama lima jam. Mama tak ada sepatu sukan. Risau takut Mama tak boleh trekking dengan selesa. Mama, she' smart. She brought knee guards. Mama pakai knee guard for protection purpose.
Selepas semua dah bersiap, kita turun ke lobi dan jumpa tour guide yang friendly tu. That's her. A very pleasant lady.
Me and My Mom pun berbual dengan keluarga Jepun tu. I bilang muka isteri dia macam pelakon Bollywood, cantik. Isteri dia senyum malu. Then, dorang cerita yang dorang ni Mexican Heritage, warga negara USA dan menjadi permanent resident di Jepun disebabkan mereka bertugas di Negara Matahari Terbit. Mereka very friendly.

Cakap punya cakap, one of the Black Hmong approached me. Rupanya, perempuan itu will be our tour guide and kita kena join dengan group lain. Mereka silap info. Me and my Mom tak tinggal homestay, instead we will be staying at the Sunny Mountain Hotel. Yang keluarga Jepun will be staying at the Homestay.

Kita terpaksa berpisah dengan keluarga Jepun tu dan the friendly tour guide. Rasa sedih sebab kita baru je warm up with one another. Keluarga Jepun tu ada personal tour guide whereas kita join dengan group consists of a couple from London, a family from Ho Chi Minh and mother and son from I don’t know where. They are bisu, mute. Tak berbual sangat. Buat hal sendiri. Tapi sweet pulak tengok dia jalan Mak dia sebab jarang nampak Mat Salleh (bule) remaja jalan dengan parents dorang.

Kita dapat tour guide asal Black Hmong juga. Tapi yang ni ada sikit sombong. Dia tak friendly and dia suka layan Mat Salleh yang ada kat group aku. Dia ni pilih bulu sikit. Dia looked down on my Mom sebab dia pakai kasut plastic masa trekking. Bukannya dia kasi motivasi. Very annoying. Kita pun tak banyak berbual dengan dia. Kita kat belakang sekali, layan ambil gambar and menikmati gunung-ganang. 

Actually Itinerary tu ada tulis kita akan trek for 5 hours. Dari Sapa ke Lao Cai ke Ta Van. To be honest, tak bilang Mama the actual itinerary for SaPa because I was afraid that she would not want to join this trekking tour.

Tips before trekking: Buat senaman ringan seperti stretching, bawak air mineral kerana it is important for hydration purpose, bawak knee pad atau segala pads for protection just like my Mom she brought knee pad and she's fine throughout the trekking. Always wear covered shoes. If possible, bring a walking stick or hiking stick. Wear long pants and long sleeve shirt or any comfortable clothes. You may bring sunglasses too for UV protection.

Jalan berbatu. Kalau boleh jangan pakai kasut baru sebab tapak mungkin senang rosak.

Kita paling kat belakang sekali.
Mama paling belakang sempat ambil gambar.

Ada juga kumpulan Black Hmong perempuan menemani kita sepanjang jalan. Dorang boleh berbual basic English. Semua dah berkahwin. Mereka kahwin pada usia yang mda.

Ada satu fakta lucu mengenai mereka. Rupa-rupanya, perempuan Black Hmong yang rebang rambut, mereka masih gadis perawan. Dan yang rambut diikat, mereka sudah ada suami.

Tak terkejut jika kita tidak melihat kelibat pemuda Black Hmong ini kerana women are the sole breadwinner of their families. I read few blogs stated that lelaki Black Hmong ni pemalas dan perempuan yang mencari nafkah, menjaga anak, mengurus rumah tangga. Syukur budaya Melayu tak macam gitu.
Black Hmong gendong jualan mereka.

Ken pernah kata yang dulu lelaki Black Hmong yang sudah kahwin, mereka duduk di rumah sambil menikmati air tuak (rice wine) yang memabukkan. Tetapi sekarang zaman globalisasi. Ada dari mereka sudah keluar mencari rezeki. Erm, so far tak nampak pun kelibat lelaki Black Hmong melainkan kanak-kanak.

Black Hmong pimpin Mama semasa turun gunung di trails yang tak rata.
I told Mama that I read blog posts mengatakan Black Hmong ni mandi setahun sekali. Haha Mama dah cuak. Kelakarnya bila turun curam yang susah, si Black Hmong ni yang pimpin kita. Demi keselamatan, sanggup pegang mereka walaupun mereka bukan seorang yang pembersih.


Kumpulan Black Hmong yang baik hati memani kita semasa perjalanan. Budi yang baik dikenang jua.

Layan gambar.

Sempat Mama posing. Tak tahu yang dibelakang itu seladang, kerbau atau lembu.
Black Hmong kebanyakkan entrepreneur. Menjual hasil tangan handicrafts mereka kepada pelancong. Mama, tetap ada attitude shopaholic walaupun kita tengah trekking di puncak pergunungan yang tinggi.

Walaupun Mama tak pakai sepatu, hanya dengan kasut plastic, dia berjaya trekking sepanjang lima jam smoothly. Mama tak jatuh atau tergelincir pun walaupun trekking path dia berlumut, berlumpur, tak rata and mengerikan. Mat Salleh kat belakang Mama pun ada bantu Mama rentas trekking path yang berlumpur. 

Selepas satu jam setengah perjalanan, kita rehat selama sepuluh minit. Syukur dapat Mama yang paling sporting dan tak cepat marah dan berputus asa. Walaupun letih, Mama tetap senyum dan bersemangat. Dia kata boleh train stamina untuk pergi Haji. Semoga satu hari nanti Mama berpeluang menunaikan Haji. Mama memang sakit kaki tapi Mama is a strong woman. She went through all this because she wanted to please me. Thanks Mama. Love you.
Bila difikir balik, terasa sebak. Mama is a very understanding person.

Sawah padi, terrace rice fields. Bulan November bukan musim menuai padi. So, no harvesting activity.

Trekking to rural houses that belong to the Black Hmongs. Don't be surprised if you saw pot bellied pigs. They reared this animals for foods and as pets.

Ducks on the pond.

We were brought to rural villages and showroom after four kilometres trekking. Actually there are more than 20 ethnic groups in Sapa. But i only knew two: The Black Hmong and The Flower Hmong.
These trails are fine as it is just a big stretch of rocky roads. But as you go further down to the rural villages, you will be shocked with the wet and muddy soiled trails.

Surprisingly, my Mom was leading in front with the couple from London. The trails were too complicated for amateurs and I was glad that my Mom didn't fall as I read blogs few of the bloggers loss balance and fell onto sharp rocks.

Like I said, Sapa has four seasons in one day. 

Gambar ini diambil masa summer season. Rasa bahang tapi tak berpeluh walaupun pakai sweatshirt yang tebal.

Lepas dah lima jam trekking dari jam 10 pgi sampai tiga petang, kita dibawak untuk makan lunch di restoran. Kita dijamu dengan corn soups, buah-buahan, ikan dan sotong. Mama sempat solat di vendara berdekatan restoran.
Selepas habis makan, kita menaiki van dari Tavan balik ke Sapa. Perjalanan memakan masa hampir satu jam.

Kepada mereka yang suka melihat kehijauan gunung-ganang, sawah padi, menikmati alam semesta yang indah, menghirup udara segar, melakukan senaman that burns carbohydrates and calories, saya recommend trekking di SaPa. 

Bila kita trekking di pergunungan, kita akan sentiasa mempunyai sifat rendah diri dan yakin akan kebesaran Allah.

Mama tetap nampak segar walaupun trekking selama lima jam. Kalau boleh Mama tak nak rest kat dalam bilik hotel. Mama nak jalan lepas trekking tapi I have to surrender awal-awal sebab I was too exhausted. 


So pada malam hari, Mama pergi massage. There are many Massage parlours at Sapa. Price range from USD 8 to USD 20.


 Mama terpaksa pakai jacket sebab cuaca semakin dingin. Suhu Cuaca malam antara 9 hingga 12 darjah Celsius.

Kota Sapa pada malam hari attract ramai orang disebabkan banyak cafe-cafe hipsters yang menyediakan free wife bertaburan. Kota Sapa amat tidy and teratur. Selalunya Negara yang dijajah Perancis, teratur, bersih dan kemas. Reka bentuk bangunan pun unik.

Sambungan hari ketiga di SaPa Cat Cat Village dan menaiki coach ke Hanoi.

Saturday, April 16, 2016

Perjalanan Sulung ke Northern Vietnam. Part 1: Hanoi, Vietnam

Perjelajahan sulung ke Vietnam Utara, Hanoi.

Buat pertama kali pergi melancong luar Negara bersama Mama sahaja.

Mama nak sangat ke Sa Pa yang terletak di Vietnam Utara sejak nonton racangan Suria yang dihoskan oleh Suhaila Salam and Suzhairie Sumari. Sejak hari itu me berazam kumpul duit and sponsor this trip khas untuk Mama. Dan Mama loves limestones so she wanted to bermalam kat dalam cruise sambil menikmati permandangan limestones di Halong Bay. Alhamdulillah masa sebelum ke Hanoi, dapat izin dari Arwah Papa untuk ke Vietnam.

So, I booked a private package with The Light Travel yang terletak di Vietnam. The Light Travel mempunyai Facebook page mereka sendiri dan mereka bisa altered the itinerary based on our interests. I told them I am a Muslim traveller and please make sure the foods catered are seafoods, vegetables, fruits and no meat and alcohol. They told me they had served many Muslims and  even showed pictures of their Muslim customers. Hence, I don't feel scared and dubious.

Sangat efficient and tak usah ragu akan kredibilitinya since kita punya itinerary sudah mereka aturkan dan kita hanya perlu membayar mereka setelah sampai ke Hanoi.

Below Table is our budget dalam mata wang Singapore Dollars yang kita keluarkan:

Since this is my first time pakai private package, me and my Mom ada sikit confuse. Kita tak tahu siapa yang akan ambil kita dari airport.

By the way, Rakyat Singapura tidak memerlukan Visa untuk ke Vietnam.
Tempat urut Kaki di Changi Airport. Perkhidmatan percuma. Sebelum memulakan perjalanan yang agak jauh, relax and chillax first. Just so you know, airport di Singapura menduduki tempat pertama dalam senarai airport terbaik di dunia. Bangga sekali :).


Tiba di lapangan terbang atau Bandara Hanoi.


So, bila dah keluar dari imigresen dan menuju ke luar airport, kita ternampak ramai lelaki sedang memegang penanda nama. Rasa syukur teramat sangat apabila ternampak my name on the A4 paper yang dipegang oleh “Driver” kami. Driver angkatkan bag and drive kita ke Bandar Hanoi.

Mama kata dia rasa macam VIP sebab ada driver ambil kita dari airport dengan menaiki kereta yang mewah. Sepanjang perjalanan ke places of attraction, kita menaiki Mobil (Bahasa Indonesia untuk kereta) aje. Tak macam tourists lain they had to board chartered excursion bus with full of other tourists. Best sekali sebab ada privacy and kita boleh ke mana sahaja tanpa bantahan.

Sebenarnya kalau pertama kali ke Hanoi, saya sarankan untuk ambil pakej PrivateTour ini kerana Pakej lengkap dengan transportation, accomodation and ticketing jadi kita tak payah keluarkan satu sen pun. But it excludes Tipping and Shopping, of course la. haha.

So dalam perjalanan ke Hanoi, Mama tetiba nampak terkejut and geli geleman. Mana tak nya, adalah seorang yang naik motor ni belakang dia ada kandang sederhana besarnya yang berisi 5-6 ekor khinzir warna pink pulak tu. Tengok reaksi Mama macam gitu buat aku gelak sebab her first time jejak kaki di Negara Vietnam abis tu tak sampai sejam dah terjumpa haiwan tu.

So, driver kita hantar kita to one of the local restaurant that caters local dishes. Then dari situ, kita jumpa dengan tour guide kita. Dia perkenalkan diri dia and just so you know my tour guide ni pandai bertutur basic Bahasa Melayu so pandai juga dia hiburkan kita dengan kelancarannnya berbahasa. Ken, is a very multi-talented tau. Dia boleh tutur French, Mandarin and basic Malay Languages. Dia baik and sangat attentive. Lembut and sopan orangnya. Bagus jugak lah, sebab sebelum ni pernah baca blog entries, ada yang kata orang-orang di Hanoi ni very kasar.

So kita nikmatilah makanan-makanan di restaurant yang boleh dikategorikan 4 stars. Ambience bagus, makanan semuanya lazat.

Gelojoh ke pe. First time makan Pho Noodles. Maaf.

Alex, pekerja The Light Travel pun datang. Dia kata kalau nak bayar trip ni bila-bila pun boleh tak payah on the spot. Tapi since my Mom ni tak suka nak tangguh pembayaran so on the spot jugak Mama bayar Alex tour package yang kita dah book. Alex ni perempuan bukannya lelaki. Dia tak habis-habis puji me; “You’re so pretty” Me, kalau orang puji selalu tersenyum lebar. Siapa tak gembirakan dengan pujian?

Selepas mekimati Pho Prawn Soup, spring rolls, mangoes, etc kita pun lawati tempat-tempat yang menarik dan bersejarah di Hanoi.

Mula-mula kita ke Ho Ci Minh’s Mausoleum.

Ho Chi Minh is like a founder of Vietnam. Rakyat Vietnam menghormatinya kerana pada mereka dia adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan telus. Disebabkan rakyat Vietnam amat menyanyanginya, mereka tidak sampai hati untuk menanam atau membakar mayatnya. Mereka memilih untuk mengawet jasadnya. Proses mengawet berlaku setiap hari dan mausoleum tutup 11:30 pagi jadi kita tak berpeluang untuk melihat. Tapi ada hikmahnya. Kita ke sini bukan mahu melihat mayat pun.

Kita berpeluang ke rumah Ho Chi Minh dan melihat koleksi keretanya. Walaupun diberikan kemudahan untuk berkereta, Ho Chi Minh lebih gemar menaiki basikal.

Gedung kuning itu adalah Bekas Tempat Kerja Ho Chi Minh. Rumah Ho Chi Minh simple. Tak berpeluang mengambil gambar rumahnya.

One Pillar Pagoda. Pagoda ini ada bercirikan fahaman Confucius.

Mengunjungi duty free shop. Barang-barang agak mahal and I don't like it that the owner of the shop exploiting people who are suffering from Orange Effects to actually work for her doing knitting. I can sense the workers looked unhappy and unfit.

Mama bersama adik kecil. Adik kecil ini yang knit this picture. Cantikkan? Mama nak beli tapi harga terlampau mahal. Ambil gambar dengan picture ni pun jadilah.
Selepas itu, kita ke Temple of Literature, tempat yang popular untuk para pelajar di Hanoi. Temple bercirikan fahaman Confucius ini dikunjungi ramai pelajar semasa hari konvoikesyen.


Ada juga Raja Sehari buat photoshoot di Temple of Literature.
Ada juga rakyat Vietnam nak ambil gambar dengan kita sebab kita pakai tudung and selalu bila di sini ramai puji penampilan kita. Semoga mereka terbuka hati untuk mengenal Islam.


Mama beli sikat tanduk Rhinoceros. Sempat bergambar dengan Pemilik kedai.

Cuaca dingin di Hanoi membuat perjalanan agak selesa. Sekarang, pertengahan November Musim Luruh. Tidak lama lagi Musim sejuk di Hanoi.


Water Puppet Show, kisahnya not bad but ada sikit membosankan disebabkan tak faham langsung apa yang diperbualkan. Tak dapat ambil gambar since  camera cannot focus di dewan yang gelap.

Walaupun Musim Luruh tapi bunga raya atau hibiscus tetap Mekar dan segar, mungkin disebabkan cuaca Hanoi yang tidak begitu panas.



Ken suruh driver hantar kita ke Masjid since Mama nak solat. Berkunjung ke Masjid di Hanoi. Mama sempat solat Fardhu Maghrib dan Jama’ Asar di masjid Al Noor Mosque, Hanoi. Cuma Mama seorang je yang Jemaah perempuan.
Kucing di luar perkarangan masjid. Sesungguhnya amat sukar untuk melihat kelibat Kucing di Hanoi dan Ho Chi Minh. Saya baca artikel orang-orang Vietnam ada yang makan kucing. Sedih saya..
Selepas solat, kita dihantar ke hotel Anise untuk mandi dan rehatkan diri selama sejam. Mama sempat solat Isyak di dalam hotel. Alhamdulillah.

Satu jam di dalam bilik hotel. Bilik disewa sejam khas untuk me and my Mom membersihkan diri.
Happy Mama nampak bathtub.

Driver kita hantar ke restoran Muslim di Hanoi, The Little India. Restoran ini dimiliki oleh orang India yang berasal dari Kalkutta. Dia menikahi gadis Vietnam. Restoran ini 100% Halal disebabkan mereka sendiri yang menyembelih daging, menyiapkan makanan dan tiada air alcohol dijual.
Pemilik restoran Halal di Hanoi Old Quarters 
Pengunjung restoran ini bukan calang-calang orang. Mereka adalah duta-duta dari Timur Tengah, Negara Muslim yang lain. Makanannya enak dan portions kus semengat… banyak sangat.. Kita order banyak makanan since private tour inclusive dengan dinner sekali. Tapi order ikut budget ye sebab kesian nanti Ken muka pucat bila dapat bill makanan…


Me, makan roti nan sama tandoori chicken and Mama makan Nasi Briyani. Berbaloi kenyang!!

Ambience sama macam cafe at Arab Street. Cosy and selesa.

Selepas makan, driver and tour guide hantar me and my Mom ke Stesen Kereta Api Hanoi. Kami akan bermalam di dalam kereta api dari Hanoi ke Sapa. Perjalanan mengambil masa kira-kira lapan jam.

Kita menaiki keretapi Orient Express Sleeper cabin. Ongkos Keretapi ini semua sudah termasuk pakej PrivateTour kami so kita tak payah kalut pasal fulus. Baik Ken ni. Sanggup angkat luggage kita yang berat sampai ke dalam bilik kereta api yang bakal kita menginap.

Ken kata, ramai orang French suka ke SaPa. 90% mereka yang menunggu kereta api ke Sapa adalah warga Asing yang rata-ratanya Mat Salleh. Cabin Kereta Api Orient Express bersih.

Dalam cabin kereta api kami.

Me tidur atas. Tinggi tau.
Mama tidur katil bawah. Tengok cermin tingkap. Ada Rail Kereta Api.
Tempat tidur kita selesa. Since it is double deck bed, Mama tidur bawah, me tidur atas. Kat atas ada plug dua kaki boleh charge handphone. Katil dilengkapi dengan selimut tebal, katil empuk, dua bantal empuk. Tidur dengan nyenyak sekali dan rasa selesa sepanjang perjalanan because our all women cabin. Kita share cabin dengan Mat Salleh travel solo and tour guide Vietnam.
Air dan biskut yang disediakan di dalam cabin kereta api adalah gratis, percuma.

Room temperature not bad. Tak dingin sangat dan tak panas hingga berpeluh. Just right. Mom bangun Subuh dan solat duduk di dalam train since cabin kecil untuk dibentangkan sejadah. Me bangun pagi satu jam sebelum sampai ke kereta api Lao Cai untuk gosok gigi dan cuci muka.

Walaupun train bergerak tetapi ia bergerak dengan perlahan so kirakan not bad. Tandas di dalam train not bad juga. Bersih dan tak berbau.

Sambungan Part 2 ke Northern Vietnam. Saya akan menceritakan pengalaman ke Lao Cai, Sapa and Tavan.