Friday, December 22, 2017

Evil Whispers

You do not know what is like to be like me..

I heard voices.. i heard whispers.. I had a suicidal thought..

it hurts my soul.. it hurts my body... my mind is not at ease.. i am scared of myself.


Sometimes.. I was wondering how could this happen to me? I tried my best to be a practising Muslim.. Please don't hurt me.. Please...


I need help.. I need help...

Tuesday, August 8, 2017

Note to myself

If one day, my brain is reset or reboot and filters out the important things...
If I can't mentally remember who am I..
This note is a piece of me...

I want myself to know that I am a Muslim.
Allah is The Almighty God.
We have to worship Allah.
We must not associate anyone with Allah SubhanahuwaTaaAla as His part. We can't believe in more than One God.
We must not associate Allah's attributes with someone or anyone else. 

Prophet Muhammad Peace be Upon Him is Allah's Messenger.

Qur'an is a Kitab that guide me and the believers to the right path.

Baitullah is the direction for me and the Muslims to perform prayers.

Perform obligatory prayers 5 times a day.

I must not be riak, arrogance, self-delusion and show off.

As a Muslim, I have to remember that Jannahtul Firdaus, a paradise, is the permanent abode. 

Therefore, in this life always remember Allah and always be kind to Mama (Asmah Bee), Shahrouk Bayani (little Brother) and Nuranisah (little Sister). Papa, he passed on. 2015. 

Build another well for Papa (Mohamed Asni).

Always treat people well.

Control my temper.

Istighfar. Selawat.

REPENT.

My name is Norsiah Binte Mohamed Asni. Binte is Daughter Of.

Remember Me....

Monday, August 7, 2017

Battle

I am scared...

I dreamt about my Late Dad...

I am too afraid something bad would happen to me...

Allah... Please save me... My was-was feelings are getting worst..

I am too scared..

Nobody understands me..

Even if they care for me, they don't understand me..

I am too tired...

Exhausted...

But i never wanna give up or give in to Syaitan.

I am a fighter not a loser.

I am a soldier. I will march on like a soldier.

Wednesday, May 10, 2017

Hijab

Perasaan berbelah bagi sama ada mahu memakai tudung atau tidak.
Rasa malu dan takut jika memakai hijab akan mengundang perasaan yang tidak akan dijangka.
Takut akan diskriminasi.
Takut dibenci.

Tapi semakin hari semakin berani
Berani melawan perasaan negatif,

Akhirnya, hijab pilihan ku.

Perasaan bahagia
gembira
puas....


Hijab membuat ku gembira
Kerana akhirnya orang akan tahu
Yang saya manusia yang percaya kepada Tuhan...

"I want to use the hijab. Not only is it beautiful, it’s also an icebreaker. Wearing the hijab makes it easier to get in touch with people. It shows that I belong to a religion which believes in a god, and then people assume that is a topic that interests me. If they also believe in a god, we automatically have something in common." - Iman Meskini

Thursday, June 16, 2016

Nikmat Syukur

Perasaan was-was semakin lama semakin menghantui hati, jiwa ini yang semakin lama semakin keruh, kehitaman.

Pada zahirnya nampak seperti biasa tetapi pada batinnya tiada siapa yang tahu ketidak tenteraman yang saya hadapi.

Semua ini bermula kerana mempelajari Ugama tanpa bimbingan yang betul.

Disebabkan itu ramai asatizah menyeru untuk menuntut Ilmu harus berguru dengan guru yang betul dan jangan mempelajari sesuatu tanpa sembarang bimbingan dan guru. Ini kerana Syaitan bisa mempengaruhi minda dan jiwa kita. ia akan menyesatkan dan meniup perasaan was-was terhadap diri kita. Tanapa kita ketahui, kita memperolehi ilmu dari Syaitan disebabkan tiada bimbingan dari pakar. Bahaya sekali apabila Syaitan menjadi guru kita. Ini kerana Syaitan sudah bersumpah akan menyesatkan dan menghuru-harakan kehidupan manusia.

Seringkali apabila kita merasakan kesenangan dan kekayaan mudah diperolehi, rezeki melimpah-ruah, kehidupan selalu berpihak kepada kita, kita mendapat pasangan dan keturunan yang banyak, kita akan semakin alpa dan bersikap sombong bukan sahaja pada orang sekeliling tetapi juga dengan Sang Pencipta. 

 Dan apabila kita dalam kesusahan, kemurungan dan kesedihan, kita tidak dapat apa yang kita mahukan, kita akan rasa dunia ini tidak adil dan mula menyalahi takdir.

Semua ini berlaku kerana hawa nafsu dan bisikan Syaitan bersamaan ego kita yang sukar mensyukuri nikmat yang telah diberi oleh Maha Pencipta dengan perasaan rendah diri.

Kalau seringkali kita tidak ada perasaan negatif, mengata dan mengutuk orang-orang sekeliling, hati akan menjadi bersih. Hati yang bersih mebuat zahir kita nampak segar dan berseri; batin kita mungkin akan tenteram dan bebas dari penyakit was-was.

Justeru itu, pentingnya tidak menyangka buruk terhadap orang dan selalu bertutur bahasa yang sopan, yang tidak menyakitkan hati pada orang sekeliling tidak kira tua atau muda. mengata perkataan yang baik-baik sahaja. Selalu senyum dan tidak menunujukkan muka yang sombong dan masam.

Pentingnya menghisab dosa-dosa kita dan meminta ampun pada Allah yang maha pengampun dan penyanyang.

Selalu bersyukur atas rezeki yang telah Allah kurniakan pada kita. Dilahirkan dari keluarga beragama Islam, kesihatan yang baik, anggota badan yang sempurna, keluarga yang bahagia, saudara-mara yang baik dan prihatin, rezeki yang Barokah, dapat solat dengan khusyuk adalah anatara nikmat yang Allah telah anugerahkan pada kita.

BERSYUKURLAH ATAS SEGALA NIKMAT YANG ALLAH TELAH BERIKAN.

Tuesday, June 14, 2016

Truth

"Relationships are much harder now because conversations become texting, arguments become phone calls, and feelings become Facebook statuses." - One of the comment at Facebook.


Saturday, May 21, 2016

Perjelajahan Sulung ke Northern Vietnam Part 5: Halong Bay - Hanoi Old Quarters

Manusia terbahagi kepada suku kaum, bangsa, puak, derajat, perbezaan adat budaya, bahasa dan warna kulit. Namun begitu, Allah Maha Adil. Walaupun berbeza status dan fizikal, darah yang kita mengalir tetap berwarna merah.

This humble, friendly girl is from Sarawak, Malaysia. She is currently taking a PHD on cardiology. She is one year older than me.
Melancong ke Negara asing membuka minda dan mati hati kita untuk saling mengenali, mempelajari bukan sahaja tempat yang dituju tetapi orang-orang sekeliling dan diri kita sendiri.
Indahnya Ciptaan Maha Pencipta 
Apabila merenung lautan tidak kira lautan di Halong, Lombok, Desaru ataupun Changi sekalipun, kita akan terfikir mengenai kehidupan. 

Kehidupan ini boleh diibaratkan seperti badai laut. Adakalanya pasang dan ada kalanya surut. Apabila surut, terasa tenang, aman dan damai. Tidak ada masalah dan kesusahan dihadapi. Apabila pasang, hari demi hari lautan bergelora, semakin lama gelombang ombak semakin hebat, mengganas sehingga membuat fikiran kusut, menguji kewarasan minda dan iman di dada.

Terjadinya pasang surut lautan disebabkan pembentukkan bulan. Terjadinya pasang surut kehidupan disebabkan orang-orang sekeliling. Ituah yang membezakan lautan dan kehidupan.

Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana telah menganugerahkan saya bakat untuk menguasai Bahasa Melayu dengan mudahnya. Bahasa Melayu adalah Bahasa yang saya bisa menguasai dengan mudahnya. Disebabkan itu saya menulis blog ini dalam Bahasa Melayu bukan sahaja untuk mengongsi percutian saya bersama Mama tetapi saya boleh meluahkan segala apa yang saya ingati dengan sejujur dan seikhlasnya.

Tujuan saya menulis blog mengenai percutian ini disebakan saya ingin preserve our (Me and Mama) memories together selain telling the details and information of each places I had visited.

Rindu dengan cuaca dingin di teluk Naga.
Enough with my curahan hati. Kali ini saya ingin menceritakan memori dan detik indah bercuti dan melancong bersama Mama tersayang.


Bangun pagi, siap berkemas. Cepat-cepat pakai sunglasses dan ambil gambar kat luar bilik di tepi jendela. Haha. Feeling konon nak jadi macam James Bond's assistant.




Kita akan ke Pulau James Bond. Kata tour guide pulau yang akan kita tuju, adalah tempat James Bond (Tak tahu edition ke berapa) pernah berlakon.

Pulau James Bond 
Tour guide kata, kita boleh naik banana raft atau kayaking. Me and Mama malas nak kayak so kita dengan yang tak mahu kayak, jelajah pulau dengan menaiki banana raft. Banyak monyet-monyet dan kera berkeliaran dan bergayut kat atas batu kapur.

Banana raft

Kayaking 



Tempatnya cantik tapi camera settings doesn't do any justice. Kita berada di sini selama tiga puluh minit, melihat permandangan batu kapur dengan lebih dekat.
Cuaca terlalu dingin. Sampaikan ada satu lelaki muda berasal dari Holland ni berkata kepada Mama yang dia ke Vietnam sebab dia fikir Vietnam tidak ada musim sejuk that's why dia larikan diri dari negaranya yang tengah bermusim winter. Pemuda itu akan ke SaPa pada keesokan hari dan Mama mengatakan SaPa lagi dingin dari Halong Bay, terus muka lelaki muda tu tukar jadi sedih dan tak bermaya.

That's why sebelum pergi ke Negara orang buat research. Jangan main redah je. I also terkejut yang Vietnam Utara ni mempunyai four seasons.

Selesai aktiviti menjelajahi pulau James Bond, kita balik ke cruise dan makan tengah hari.

Ada sesi memasak dan membuat spring roll. Tapi kami tak participate in making spring rolls since they were using pork. Kita hanya melihat sahaja.

Setelah itu, kita makan seafoods dan berehat sehingga cruise berlabuh di jetty Halong. Akhirnya percutian di Halong Bay sudah selesai. Saya rasa Halong Bay ialah tempat yang paling santai dan rilek sepanjang kita bercuti selama 6 hari 5 malam. Mama paling gembira di Halong Bay berbanding SaPa. Haha sebab SaPa kita tak boleh lepak. Have to trekking sepanjang masa.





Kita menaiki mini bus balik ke Hanoi. Sampai di Hanoi, me and Mama terkejut dengan kedinginan di Hanoi. Orang-orang di sekitaran kami semua memakai baju sejuk. Kedai-kedai banyak menjual baju sejuk. Mini bus telah menghantar kami semula ke Hotel Anise. Kami mengambil beg-beg yang kami tinggalkan di temapat meletak bagasi dan balik ke bilik yang baru. 

Walaupun penat, Mama nak sangat keluar mengelilingi Old Quarters. Cuaca benar-benar sejuk. Apabila bercakap, mulut akan mengeluarkan wap. Terasa seperti di Genting Highlands. Hanoi, ibu kota Vietnam, mempunyai empat musim (four seasons).  Kami berada di Hanoi pada lewat November iaitu pada musim dingin (winter).
Mak Cik jual sayur, pakai baju sejuk dan topi yang kebanyakkan orang-orang Vietnam memakainya.

Kami mahu membeli kopi Vietnam yang telah dipesan oleh Saudara di Singapura. Keluarga saya tidak berapa minat minum kopi Vietnam disebabkan ia mempunyai banyak hampas (habuk kopi).

Majoriti penduduk di Vietnam menunggang motorsikal. Kalau mahu menyeberangi jalan agak menyeramkan pada permulaan. Tetapi bila diperhatikan, kalau kita menyeberangi jalan, motorsikal-motorsikal berhenti memberi laluan. 
Ada seorang gadis Hanoi bersama teman lelakinya yang kami jumpa di dalam restoran menolong kami menahan taxi dan menyuruh driver drive kami ke Hoan Kiem Lake. Walaupun mereka tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi mereka take the initiative to  try to listen. Dengar aje kita nak pergi ke Hoan Kiem Lake, cepat-cepat mereka angguk dan menahankan taxi. They are strangers but they are helpful. Selalu baca blog, ramai mengatakan orang-orang Hanoi kurang peramah tetapi so far we have not met any rude people in Hanoi. 

Saya perasan ramai wanita Hanoi mempunyai kulit bersih dan cantik. Penampilan orang-orang muda di Hanoi persis seperti Korean. Kalau di Ho Chi Minh, penampilan fashion seperti off beat. Ken, pernah kata orang-orang Hanoi adalah orang kaya dan berada. Mungkin disebabkan itu mereka mempunyai penampilan yang mewah.
Boleh bertanya di Tourist Information Center ke mana yang anda ingin pergi di sekitar Old Quarters.

Kawasan Hoan Kiem Lake amat sibuk dengan orang ramai dan jalan raya dipenuhi dengan kenderaan dan para penjaja menjual barang yang dijaja. Kami tidak meluangkan banyak masa di tasik Hoan Kiem ini kerana terdapat banyak tikus berkeliaran di semak-semak yang berdekatan dengan tasik itu.




Kita menuju ke kedai dan cafe menjual serbuk kopi. Kopi diborong untuk saudara yang memesannya. Ramai suka dengan Vietnamese coffee. Mama dan saya tidak begitu gemar disebabkan kopi Vietnam menghasilkan hampas yang banyak dan rasa tetap seperti coffee yang lain.





Selepas memborong kopi dan membeli selendang silk, kami pun pulang ke hotel dengan menaiki taxi. Kami bersiap, berkemas kerana keesokan hari kami akan dijemput dari hotel ke airport untuk pulang ke Singapura. 

Akhirnya. Tamat juga kisah percutian saya dan Mama di Vietnam Utara. 

Kepada mereka yang masih muda dan mempunyai ibu bapa yang suka melancong dan makan angin, bawa mereka bersama berlibur di Negara asing. Kerana you will get to spend lot of quality time with your loved ones.

Saya percaya Ar Razak akan memberi kan kita rezeki berlipat kali ganda jika kita bermurah hati terhadap orang-orang sekeliling especially to our parents.